DILEMA VENA VARIKOS (URAT SIMPUL)

DILEMA VENA VARIKOS (URAT SIMPUL)




BAGAIMANA VENA VARIKOS TERJADI
---------------------------------------
Masalah urat kaki bersimpul timbul apabila berlaku kerosakan injap utama dalam salur darah vena (biasanya pada pangkal paha atau lutut) dan salur darah pada kaki menjadi lemah.

Pada keadaan semula jadi, darah kita mengalir dalam satu hala dan injap pada salur darah vena berperanan memastikan darah tidak beroksigen mengalir dari kaki ke jantung.

Selepas darah melalui injap, ia akan tertutup untuk mengelak darah mengalir balik ke kaki (aliran songsang). Apabila injap ini lemah, ia tidak boleh berfungsi dengan baik dan akan berlakulah aliran songsang darah.

Darah yang sepatutnya mengalir ke jantung akan berpatah balik dan berkumpul di dalam salur darah di kaki. Akibatnya, lama-kelamaan tekanan dalam salur darah meningkat yang akhirnya menyebabkan salur darah menjadi lemah, mengembung, membesar, memanjang dan akhirnya berbelit-belit.

PUNCA DAN RISIKO
---------------------
▫Keturunan
Keadaan semulajadi di mana terdapat kekurangan injap atau kelemahan pada injap dan dinding vena.

▫Umur 
Vena varikos kerap berlaku di kalangan umur 40 hingga 49 tahun. Ini mungkin disebabkan kerosakan pada injap dan dinding vena yang berpunca dari pelbagai sebab dalam kehidupan harian.

▫Berdiri terlalu lama 
Ini berlaku di kalangan mereka yang kerap berdiri terlalu lama seperti tentera dan polis, pekerja kilang, jururawat dan sebagainya.

▫Gemuk berlebihan 
Perut yang buncit menyebabkan halangan pada aliran darah dalam vena ke jantung.

▫Kehamilan
Vena varikos berlaku masa kehamilan akibat daripada tekanan rahim yang membesar menghalang aliran darah dalam vena ke jantung, atau kesan daripada hormon estrogen dan progesteron yang melemahkan dinding vena.

▫Trauma kecederaan yang melibatkan vena, terutamanya di kaki.

▫Darah beku dalam vena
Ini kerap berlaku di kalangan mereka yang terbaring lama akibat penyakit dan sebagainya.

▫Penyakit
Penyakit yang menyebabkan naiknya tekanan dalam vena. Ini termasuklah penyakit hati seperti liver cirrhosis, air berlebihan dalam perut (ascitis).



SIMPTOM VENA VARIKOS
---------------------------
Selain daripada kelihatan sangat tidak menarik, urat simpul boleh menyebabkan simptom-simptom lain yang sangat tidak menyenangkan seperti :

▫Kegatalan dan rasa tidak selesa pada kulit di mana urat simpul berlaku
▫Bengkak pada tapak kaki dan buku lali
▫Kejang otot pada waktu malam
▫Lenguh kaki dan terasa berat.
▫Perubahan warna kulit yang bertambah gelap terutama berhampiran buku lali.
▫Kudis di buku lali yang sukar baik.

LANGKAH PENJAGAAN 
------------------------
▫Elakkan daripada berdiri terlalu lama
▫Tinggikan kaki anda semasa duduk (Gunakan bangku kecil atau kotak) atau semasa berbaring
▫Jika anda perlu duduk di meja sepanjang hari di tempat kerja, jangan silangkan kaki.
▫Lakukan senaman untuk menggalakkan peredaran darah seperti (Berjalan)
▫Jangan memakai kasut bertumit tinggi atau stoking yang terlalu ketat
▫Pertambahan berat yang terlalu banyak dan terlalu cepat boleh membuatkan anda mudah mengalami urat simpul. Cuba amalkan diet yang sihat dan seimbang.
Bagi Ibu Hamil, sekiranya Vena varikos masih kelihatan selepas dua bulan melahirkan anak, sila berjumpa dengan doktor yang berkenaan.


produk dicadangkan: 
Artic Sea, 
Aloevera gel, 
pomesteen, 
bee propolis.








CALL / WATSAPP UNTUK ORDER

EMMA 018-2770057

No comments:

Post a Comment